Saturday, 2 October 2010

BIBD Takbir Syawal 1431/2010

Acara 'Takbir Syawal' khas untuk pelanggan BIBD

Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini mengadakan acara "Takbir Syawal" khas buat para pelanggan BIBD yang berlangsung di Dewan Utama, Empire Hotel dan Country Club, di sini.

Lebih 1,000 orang jemputan hadir di majlis yang diadakan setiap tahun itu, terdiri daripada pelanggan BIBD dari semua bahagian dan jabatan perbankan berkenaan.

Majlis berkenaan dihiasi dengan hiasan berwarna-warni dan latar belakang muzik bersuasana Hari Raya Aidilfitri yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan di kalangan warga Bank dan sekali gus menghargai sokongan padu mereka selama ini.

Pengurus-pengurus, pegawai-pegawai dan kakitangan BIBD juga tidak ketinggalan berada di majlis yang penuh kemeriahan itu ditambah lagi dengan pakaian kebangsaan yang dikenakan sambil beramah mesra bersama-sama tetamu yang hadir.

Hadir di majlis itu ialah Timbalan Pengerusi BIBD, Dato Paduka Haji Bahrin Abdullah, Pemangku Pengarah Urusan BIBD, Javed Ahmad dan ahli-ahli Lembaga Pengarah BIBD, pegawai-pegawai kanan dan pegawai serta kakitangan BIBD.

Selain hidangan juadah yang menyelerakan bersesuaian dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri itu, para jemputan juga dihiburkan dengan persembahan daripada kakitangan BIBD dan persembahan guling tangan daripada pemuzik tanah air yang menamakan kumpulan mereka Irama Bahtera.

Article taken from Media Permata


















































More photo available at my Facebook album HERE & HERE.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...