Thursday 15 July 2010

Kempen Derma Darah BIBD

Staf BIBD menderma darah, laksana tanggungjawab sosial

Seramai 42 pegawai dan kakitangan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan menderma darah kepada Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Aktiviti berkebajikan itu berlangsung di Tingkat 11, Bangunan Ibu Pejabat BIBD di ibu negara.

Seramai 14 kakitangan Kementerian Kesihatan terdiri daripada 1 doktor, 1 Ketua Penyelia dan 12 pembantu makmal dari Tabung Darah Hospital RIPAS berada di ibu pejabat BIBD bagi melancarkan aktiviti menderma darah berkenaan.

Ini adalah kali ketiga tahun ini BIBD mengelolakan aktiviti sedemikian sebagai salah satu sumbangannya kepada rakyat negara ini dan sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial sekali gus membantu para pesakit yang memerlukan bekalan darah.

Artikel dipetik dari Media Permata
















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...