Tuesday, 4 May 2010

Laneige-Telbru Mr & Miss Photogenic Contest

Helmi, Carol menang Fotogenik Laneige

Bersempena sambutan Ulang Tahun TelBru Keempat, Laneige Brunei mengadakan pertandingan 'Fotogenik Laneige Lelaki dan Perempuan' di Ampitheatre Jerudong Park.
Sepuluh peserta terdiri dari tujuh perempuan dan tiga lelaki menghias diri dan berdandan bagi mendapatkan gelaran 'Fotogenik' dengan menunjukkan gaya dan kecantikan masing-masing di depan orang ramai menggunakan produk terbaru 'Laneige'.

Mohammad Helmi Fadrin Abu muncul juara bagi kategori lelaki dan Carol Lim You Zhen memenangi kategori perempuan. Masing-masing membawa balik hadiah produk Laneige bernilai $300 dan cenderahati dari TelBru.

Pengurus Pemasaran Laneige Brunei, Patricia Li berkata, syarikat berkenaan menganjurkan acara itu bagi memberi peluang orang ramai mengenali lebih dekat produk Laneige yang mempunyai formula istimewa di samping memberi peluang orang ramai untuk mencuba sebelum membeli.

Article taken from Media Permata



































More photos available at my Facebook album HERE.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...