Friday, 7 January 2011

His Majesty has named His Majesty's grand-daughter


By Command of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, the Grand Chamberlain, has hereby announced that His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah has graciously named His Majesty's grand-daughter, who was safely born on Sunday, the 28th day of Muharram 1432, corresponding to the 2nd of January 2011, at 10:47 in the evening.

His Majesty has named His Majesty's grand-daughter as YANG TERAMAT MULIA PENGIRAN ANAK MUNEERAH MADHUL BOLKIAH BINTI DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam; Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh 'Ab Rahaman as well as other members of the royal family, expressed their thanks to all those involve and to those who extend the congratulatory messages following the birth.


Berkenan mengurniakan nama cucunda baginda

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain, mengumumkan bahawasanya:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda Baginda yang telah selamat diputerikan pada hari Ahad, 28 Muharam, 1432 bersamaan 2 Januari 2011 jam 10.47 malam dengan nama:

YANG TERAMAT MULIA PENGIRAN ANAK MUNEERAH MADHUL BOLKIAH BINTI DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta Kerabat Baginda dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan dengan selamatnya meluaran tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...