Menziarahi kubur adalah suatu perkara yang disunatkan di dalam Islam, ianya bertujuan untuk mengingati kepada orang-orang yang telah kembali terdahulu selain daripada mengingatkan kita tentang hidup ini tidak akan kekal dan tempat yang akan mula-mula kita tuju ialah alam kubur.
Dalam bulan Ramadan ini, menziarahi kubur adalah merupakan amalan rutin di negara ini. Tidak kira berapa jauhnya kuburan itu pasti akan diziarahi. Amalan menziarahi kubur ini bukan tertentu kepada orang dewasa saja malah ianya juga dihadiri oleh kaum remaja dan kanak-kanak.
Di negara ini, menziarahi kubur atau makam bukan sahaja satu budaya tradisi tetapi amalan agama yang digalakkan oleh Islam, kebiasaan ini dilakukan khususnya di bulan Ramadan, awal bulan Syawal dan Aidiladha (Hari Raya Korban).
No comments:
Post a Comment