Thursday, 15 July 2010

BIBD Media Appreciation Dinner 2010

BIBD beri penghargaan kepada media

Menghargai penglibatan media tempatan dalam menyiarkan berita yang seimbang mengenai Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) selama ini, BIBD telah mengadakan Malam Penghargaan Media malam tadi.

Bertemakan Bola sepak sempena dengan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, warga media tempatan menghadiri majlis itu mengenakan pakaian bola sepak pasukan yang mereka minati masing-masing, tidak terhad kepada pasukan Piala Dunia 2010 saja, tetapi termasuk juga pasukan dalam Seria A, Liga Perdana Inggeris dan Liga Perdana Sepanyol.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan berkaitan dengan bola sepak seperti Kuiz Piala Dunia, Menconteng Wajah, Sepakan Penalti Belon, Mengelecek Bola Berpasangan, Meniup Vuvuzela dan Pakaian Terbaik.

Menampilkan dua orang pelawak dari Kumpulan 69 iaitu Beracun dan Pachii, para hadirin tidak kering gusi ketawa melihat kerenah dan mendengarkan celoteh kedua-dua pelawak terkenal itu.

Majlis yang bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai itu turut diisi dengan ucapan alu-aluan dari pemangku pengarah urusan BIBD, Javed Ahmad.

Artikel dipetik dari Media Permata


















The Ice-breaker game
















Kumpulan 69 menyanyikan lagu Anak Singkong

Face-painting game






and that's not all... they were asked to do catwalk too... huhuhu... ^_^



Golden-boot game... who can score the most with balloon... ^_^








The dribbling game...










Blowing Vuvuzela game...






Best Dress for the guys


Best dress for the gals... and here is how they decide the winner...








Group photo
More photos are available at my Facebook album HERE & HERE.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...